Wednesday, January 12, 2011

Permulaan 2011...dimanakah kita bermula..

Salam semua...

Dah hampir setengah bulan kita melangkah ke tahun baru 2011. Dan macam-macam ragam kita dengar dikeliling kita. Ada yang bagai nak rak tunggu bonus, plan dapat bulan 12, tapi hampeh..tak de pun. Lari bajet segala-galanya. Bukak sekolah pening kepala...

Yang harapkan naik gaji...pun sama gak. ada la naik sikit, dalam 80 hinggit jer. Tu pun nasib baik, ada la jugak naik. Ada yang tak dapat naik gaji langsung tahun ni...hhhmmm..sam aje macam tahun lepas. Bezanya tahun lepas harga gula RM1.80...la ni dah naik. Tak lama lagi nak naik lagi ni..
Petrol pun sama gak. Dulu masa naik harga, ramai-ramai gi keje naik moto jer. Elakkan jem katanya, dalam hati kalau naik kereta pun best jugak, walaupun jem. Dalam aircond, apa lah sangat. Yang tak bestnya naik moto ni, kalau hujan terpaksa jadilah penunggu bawah jambatan yang setia.

Ada macam-macam sebenarnya, ramai yang adjust kehidupan dek kerana kenaikan harga barang. Potong sana sikit, tampung sini sikit. Kekadang tu kat orang tua di kampung pun miss nak kasi bulan ni. "maintak maaf mak..bulan ni tak dapat nak bagi..bajet lari" kata kita. Mak/ayah kita pun kata "tak apalah..lain kalilah kalau ada rezeki..", namun dalam hati kecil mereka kita tak mendengarnya.

Itulah kehidupan....ada yang sekadar menyerah kepada takdir.."dah nasib aku macam ni..terima aje lah...". Dan ada juga yang pantang menyerah, mencari peluang dan mencuba sedaya upaya untuk merubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Fikir-fikirkanlah.....pilihan ditangan anda. Anda yang menentukan perjalanan hidup anda sendiri.
103975.

No comments:

Post a Comment