Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru 2011 / Happy New Year 2011

Salam Semua...

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru 2011.

To All Malaysians...
Preject MEB is a golden opportunity that cannot be missed, at least to get some information about the project itself; the mission, the goal, and the utmost important is the benefits that will be enjoyed by the 'participants' of the project.

To All Consultants..
Teruskan usaha dalam menyampaikan informasi Projek MEB kepada semua rakyat Malaysia
dan ubah kehidupan kita kepada yang luarbiasa dengan bersama projek ini selama setahun.

To Prof Dr Haji Ridzwan..
Thank you for this extraordinary project that you have initiated...
And we believed in you..
That this project MEB will be a new radical step..
in improving individuals / groups / family / and all
AND
We will support you all the way...

ADN
Never-ever Give up
103975

Project MEB
"We didn't invite you to do business, just enough to a member of this extraordinary project"

Tahun baru 2011...

Salam Semua...

Menjelang detik 12.00 malam ini, kita akan melangkah ke tahun baru. Ramai yang membuat azam baru; untuk lebih berjaya, lebih kaya, lebih senang dan macam macam lagi. Dan ada juga yang berazam
untuk menyambung niat murni tahun lepas yang tidak kesampaian...
Anak-anak muda akan bertandang ke Dataran Merdeka..
Atau lepak kat mana-mana...berbual kosong tentang perancangan 2011..
Cuba kita bermuhasabah diri..
Berjayakah kita di 2010..?
Apa yang dah kita capai..berbeza dengan 2009..
Setiap tahun membawa azam yang sama..
berkisar kepada memajukan diri dan kewangan..
namun..apakah tindakan anda???

Plan (+) Action = Result...
ni yang biasa kita dengar..
Tapi,
Mentor saya kata macam ni pulak...
Plan (+) Action (+) Mentor = Success
Terjemahkan seperti dibawah...
Plan (anda) + Action (anda) + Mentor (MEB) = Success

Insyaallah...
Projek MEB akan mengubah kehidupan anda..
Asalkan anda mempunyai keinginan tersebut..

103975

Tuesday, December 28, 2010

Beli kereta RM2950 je....??? Macam tak percaya !!!

Mana nak dapat macam ni...
Downpayment RM2950
Ansuran Bulanan RM 0
T&C Apply
Untuk Kereta Nasional (Proton/Perodua) sahaja
Semua Model

Ada yang kata mengarut, ada yang kata mana boleh dapat,
ada yang kata ni tentu MLM, malah ada yang kata yang ni dah selalu dengar...

salah tu,
Yang selalu dengar tu macam ni..
Downpayment RM 0
Ansuran bulanan ikut kereta apa yang kita ambik..
Kan ke tak sama tu...

Anda kata mengarut...kami kata apa yang mengarutnya..
Anda kata tak boleh dapat...kami kata kenapa pulak tak boleh dapat..
Anda kata MLM...anda dah pernah dengar ke pasal Projek MEB ni..

Tepuk dada..tanya selera...
Kereta anda...
Kami tolong je....

Agen Proton/Perodua bersedia...
Kalau biasa jual 5 buah sebulan..
Tsunami order dalam perjalanan...
Tapi,
Untuk mereka yang terpilih sahajalah...
Mungkin anda..sapa tahu...
103975

Together we stand, devided we fall...

Message calling all consultants within Puchong, Bukit Jalil, Sunway, Shah Alam, Putrajaya and Klang.
We have initiated a small movement group under the call name PGG Group (Puchong Gerak Gempur Group) that will temporarily based in Kinrara. Purpose of group in to strategized our movement within consultants and locations.
We will plan our move as a team with the target to cover as much as possible within Klang Valley; spreading the unbelieveable truth about MEB project, the benefits  and provide assistance as much possible for any person in need.
We will have our first meeting this coming Friday, 31st Dec 2010, at 9.00pm.  As we venture into new year, this golden opportunity will be use as much as possible to provide benefits to our group.

Text me for further details.
103975

Sunday, December 26, 2010

Gaji RM3500 sebulan miskin ?????

Salam semua...

Sekadar Perkongsian...

KUALA LUMPUR: Jika seseorang itu menerima gaji RM3,000 sebulan,... tanpa perlu menyara anak bini, hidup membujang dan tinggal bersama ibu bapa dan tiada pinjaman perumahan dan kereta yang perlu dibayar, kenaikan 20 sen untuk "teh tarik" tentu tidak terasa.Bagaimana jika individu itu terpaksa menyara anak isteri, termasuk makan minum dan pakaian, insuran, kereta, pinjaman perumahan dan kredit kad untuk dibayar, adakah dia akan merasa perit? Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2007 adalah lebih sedikit dari RM3,500 sebulan. Gaji bersih selepas ditolak potongan wajib mungkin pada paras RM3,100. Setelah ditolak pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit, individu ini menjadi miskin mengikut garis kehidupan di bandar dan kenaikan 55% barangan keperluan harian sudah pasti membebankan ke atas perbelanjaan isi rumah. Inilah apa yang sebenarnya berlaku sejak Januari 2010, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua. Gula – barang pengguna utama Harga gula putih, sama ada kita mempercayainya atau tidak, yang menjadi barang pengguna utama bagi setiap isi rumah, telah meningkat 55%. Pada Julai, kerajaan melancarkan program kenaikan harga "5 dalam 1", menaikkan harga petrol RON95 dan RON97, diesel, gula putih dan gas cecair asli (LPG) termasuk gas masak sehingga 15.2%.
Pada 3 Disember lalu, tidak sampai lima bulan kemudian, mereka melancarkan beberapa siri kenaikan harga barang. "Kali ini harga RON95 naik lima sen kepada RM1.90 seliter, diesel dengan lima sen seliter kepada RM1.80 dan LPG dengan lima sen kepada RM1.90 sekilo. Gula sekarang pada paras RM2.10 sekilo. "Malahan untuk gula putih, termasuk kenaikan 20 sen pada Januari selain dari kenaikan 25 sen dan 20 sen pada Julai dan Disember, bermakna harganya telah meningkat lebih 55% tahun ini sahaja," kata Pua. "Impak minima"? Beliau berkata, Persatuan Kedai Kopi Kuala lumpur dan Selangor baru-baru ini menempelak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga akan memberi "impak minima" kepada isi rumah di Malaysia.
Pada Julai, *****, unit di Jabatan Perdana Menteri berkata harga baru "teh tarik" adalah di sekitar RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol. Mereka mengiklankannya dalam satu muka surat penuh iklan pada semua akhbar arus perdana. "Tapi sebenarnya harga "teh tarik" dan "kopi susu" ialah RM1.20. Kini dengan kenaikan 20 sen harga minuman akan naik lebih tinggi," katanya. Menurut Pua, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah yang digunakan dalam pengiraan yang melibatkan ekonomi kita dan pemahaman para pemimpin tentang kira-kira yang mudah. "Ada pegawai di ****** yang gagal dalam mata pelajaran matematik. Pertama, terdapat percanggahan yang jelas dalam harga "the tarik" di antara kertas nota yang dikeluarkan pada Julai ialah RM1.00 berbanding harga baru RM1.20 pada kertas nota pada Disember.
Mengenai perkara ini, kerajaan perlu jelaskan "misteri" kenaikan 20% pada harga asas di antara Julai dan Disember," katanya. "Hidup di alam khayalan Beliau mendakwa ***** dan ***** "hidup di alam khayalan" mengenai kenaikan harga melibatkan kenaikan 1.55 sen atau malahan 1 sen. "Saya telah mengeluarkan kenyataan pada Julai bahawa ***** harus "dipuji" kerana menerbitkan angka-angka yang salah itu, yang hanya sesuai dalam alam khayalan. Mereka gagal memahami dinamik pasaran berhubung harga barangan dan perkhidmatan. "Untuk membuktikannya, semalam akhbar-akhbar Cina melaporkan Persatuan Kedai Kopi Kuala Lumpur dan Selangor mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga semua jenis minuman sebanyak 20 sen bermula 1 Januari 2011. "Kopi susu dan harga susu akan dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.40 iaitu kenaikan harga sebanyak 16.7%," kata Pua.
Beliau berkata, minuman kesukaan ramai "teh herba" akan dinaikkan dari RM1.10 kepada RM1.30 iaitu kenaikan harga sebanyak 18%. Tetapi Pemandu mendakwa kenaikan harga "teh herba" hanya 1.2% sahaja, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.012. Putar belit data-data "Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga barangan yang terbaru ini. Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tan Lian Hoe mendakwa kenaikan 10 sen dalam harga minuman adalah "lebih munasabah". "Kenaikan 10 sen bermakna kenaikan 8.3% untuk "teh tarik" dan "kopi susu", 10 kali ganda lebih tinggi dari kenaikan 0.83% yang didakwa oleh Pemandu. "Kerajaan seharusnya berhenti dari memutar-belit data-data ini yang hanya memperlihatkan ***** mereka dalam memahami angka-angka," kata Pua.

***sekadar berkongsi maklumat, tiada bermotifkan politik

MEB - Tiada satu pun yang seumpamanya di Malaysia dan Dunia
103975

Projek Mega MEB - Dana Masjid/Surau

Salam semua...

Salah satu projek mega MEB ialah berkenaan dengan dana bagi masjid/surau. Kita sedia maklum yang setiap masjid dinegara kita memerlukan sejumlah dana dalam bentuk wang ringgit; samada bagi keperluan penyelenggaraan bulanan, pembesaran ruang solat, mahupun pembinaan masjid baru. Dan kita selalu terjumpa ahli-ahli atau kariah masjid ini diserata pelusuk negara, mencari penyumbang bagi mengisi tabung dana ini.
Berita baiknya ialah pihak MEB, melalui Projek MEB ada menyediakan kertas kerja bagaimana caranya bagi pihak masjid atau surau ini berusaha bagi mendapatkan dana ini. Bukannya menyediakan bantuan dalam bentuk wang ringgit bagi tujuan dana, tetapi memberikan cara dan bantuan bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memenuhi tujuan murni tersebut. Sudah banyak masjid atau surau di negara kita yang menjalankan projek MEB ini bagi tujuan mendapatkan dana untuk kegunaan masing-masing.Tidak kira sebanyak mana dana yang anda perlukan; sama ada beratus ribu atau menjejah angka belasan juta, semua ini mampu didapatkan dengan bantuan Projek MEB ini.
Jadi, kepada ahli jawatankuasa masjid atau surau, sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan Projek MEB ini dan insyaAllah, sama-sama kita berusaha bagi menyediakan tempat yang lebih selesa bagi umat islam beribadah.

Wassalam
103975 

Wednesday, December 22, 2010

Salah ke ???

"Cari duit banyak-banyak pun bukannya boleh bawa mati..."

Ini biasa kita dengar, tapi belanja menguruskan satu 'kematian' juga agak tinggi sekarang.

Dan kalau masa kita dah mati....
duit ansuran rumah dah habis bayar...
duit ansuran kereta pun dah langsai...
hutang PTPTN pun dah clear...
personal loan dah settle...
kredit kad pun takde outstanding...
ada tabungan untuk pembelajaran anak-anak...
ada simpan sikit buat belanja anak-anak sampai mereka dah bekerja..
TU KIRA OK LAH...

TAPI,
kalau semua diatas tiada...
anak tak boleh warisi kerja makan gaji kita...
kalau buat bisnes lain cerita..
isteri pulak selama ni tak bekerja...
mau pening kepala...

PROJEK MEB,
tak ada masa nak berniaga...kami bantu
tak tahu nak buat macamana..kami bantu
kematian mengejut !!!....kami beri insuran
projek anda ???..wariskan kepada anak-anak/isteri
Join MEB..tak payah risau lagi..

"Ikut serta saja, bukan nak ajak berniaga"



PENGORBANAN DAN PENGHIJRAHAN SUATU TUNTUTAN ISLAM

Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah.  Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
 Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya.
(Inilah intipati yang dibawakan dalam Projek MEB)

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan "Budaya Hijrah" dalam kehidupan kita seharian.

Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan.
(Dipetik dari artikel asal nukilan Uzh Sabariah bt Hj Salleh)
103975

Untungnya Seorang Konsultan (Part Time / Sambilan)

Anda mungkin tidak dapat menjadi konsultan kami sepenuh masa, dan kami juga TIDAK PERLU anda menjadi konsultan kami sepenuh masa juga. Cukup sekadar secara sambilan, 1-2 jam pada hari Sabtu atau Ahad (kerana anda bekerja) dan anda akan mendapat imbuhan yang telah kami sediakan.

Imbuhan Insentif wang tunai  : Minimum RM1000 sebulan *
Imbuhan  Insentif Kereta      : Minimum RM500 sebulan *
Imbuhan Insentif Rumah        : Minimum RM200 sebulan *
Imbuhan Insentif Melancong  : Minimum RM200 sebulan *
Imbuhan Insuran                   : Minimum RM100 sebulan *
      * tertakluk kepada terma dan syarat

Yang diatas adalah jumlah MINIMUM sahaja, bak kata orang 'buat main-main saje'. Jumlah MAKSIMUM pula mencecah kepada satu jumlah yang anda sendiri tidak akan percaya. Semuanya bergantung kepada usaha dan keinginan anda. Tetapi sekiranya anda melakukan secara SAMBILAN sahaja 1-2 jam SEHARI, anda gandakan semua jumlah diatas sebanyak 6 kali !!! dan itu masih belum jumlah maksimum lagi.

Jadi hubungi saya atau pejabat untuk maklumat lanjut.
103975

Thursday, December 16, 2010

Siri Pengenalan 3 - Imbuhan dalam Projek MEB

Anda korbankan 3 perkara :
1/ Modal RM2950
2/ Hadir kursus 3 hari 2 malam
3/ Masa anda 1-2 jam sahaja sehari
Dan kami beri anda 3 perkara :
1/ Dapat tunai RM20,000 - RM30,000 sebulan
2/ Ansuran kereta dan rumah kami bayar sepenuhnya
3/ Melancong seluruh dunia / Umrah @ Haji

Itu adalah DIANTARA imbuhan yang akan anda dapat bila MENYERTAI Projek MEB ini. Ada banyak lagi imbuhan yang menanti anda dan semua ini akan diterangkan dengan lebih terperinci bila anda ada masa atau boleh meluangkan masa untuk datang ke pejabat urusan kami di Wisma Zelan, Cheras. Atau bertemu dan berbincang dengan konsultan-konsultan kami yang berpengalaman. Jangan lupa untuk memberikan no rujukan ini bila bertemu dengan konsultan-konsultan kami :

MEB 103975

Jangan risaukan mengenai modal kerana semuanya bergantung kepada kemampuan anda.
Yang penting adalah keinginan untuk merubah hidup anda.

Kami di ADN Training and Consultancy sedia membantu anda.

Wednesday, December 15, 2010

Akhir tahun datang lagi...

Akhir tahun datang lagi...
Anak-anak sekolah semua bercuti..
Sibuk mengajak berjalan-jalan sana sini...
Poketku kempis...
Terpaksa beralasan lagi...

Akhir tahun datang lagi...
Kenduri kendara bersusun-susun...
Kepala kembali tension...
Takkan lepas makan nak terus bangun...
Sekurang-kurangnya duit 10 ringgit ku hayun..

Akhir tahun datang lagi...
Nasib baik bonus pun tiba...
Nak bayar hutang lama..
Kereta pun nak duit juga..
Tak campur dengan duit belanja..
Campur tolak tak cukup juga...

Akhir tahun datang lagi...
Maknanya buka sekolah tak lama lagi..
Kasut, baju, beg baru nak kena beli...
Kalau tak anak meragam setiap hari...
Macamana nak buat, poket dah tak berisi..

Akhir tahun datang lagi...
Ada member cerita pasal Projek M.E.B..
Aku dengar dengan teliti...
Nampaknya ini peluang untuk aku pasti...
Semoga..
Akhir tahun depan tak begini lagi...




Tuesday, December 14, 2010

Siri Pengenalan 2 - Mengapa Projek MEB?

Salam Semua,
Tidak semua kita dilahirkan kaya ataupun senang. Tahap pengajian juga berbeza, Penggunaan masa kita dalam sehari juga tidak sama walaupun setiap insan dikurniakan 24 jam sehari. Dan ada yang telah beranggapan "beginilah hidup aku sebagaimana yang telah ditentukan...".
Ini adalah hakikat kehidupan walaupun ada yang menafikannya. Walhal sebenarnya semua insan dilahirkan sebagai insan yang berjaya, kalau tak, kita tak wujud didunia ini. Anda adalah yang terpilih dari jutaan sperma yang dilepaskan untuk menjadi seorang individu yang bernyawa. Anda berjaya sebenarnya. Cuma mungkin anda tidak menepati rukun untuk menjadi orang yang berjaya seperti dibawah :


1/ Mendapat peluang
- orang yang berjaya ialah orang yang mendapat peluang
2/ Positif atau tidak terhadap peluang tersebut
- mendapat peluang sahaja tidak cukup seandainya anda tidak POSITIF kepada peluang tersebut
3/ Mengambil peluang
- walaupun sudah positif, tapi membiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja pun anda tidak akan berjaya.   "Oh, Projek MEB rupanya..aku dah dengar pasal projek tu... ni memang bagus..tapi nanti dululah..tengok orang lain dulu macamana...". Orang lain akan berjaya, anda masih ditakuk yang sama.
4/ Istiqamah dalam melaksanakan peluang,
- buat bersungguh-sungguh, bukannya bersungguh-sungguh mencari alasan jika gagal. Dan serahkan kepadaNya SELEPAS anda dah melakukan segalanya yang termampu.
5/ Tahan atau tidak dengan cabaran dalam perlaksanaan peluang tadi
- akan wujud 'diversity' atau 'menyimpang' dalam perlaksanaan/usaha anda kerana "Success is a JOURNEY, not a DESTINATION". Dalam perjalanan balik kampung juga kekadang kita akan 'singgah' dibeberapa tempat dan melambatkan ketibaan kita di kampung, namun kita teruskan perjalanan sehingga kita tiba di kampung dengan selamatnya. Begitu juga dengan perlaksanaan projek. Akan ada 'persinggahan' yang akan melambatkan kejayaan kita, namun teruskan fokus dan akhirnya kita akan berjaya.


Namun kewujudan Projek MEB ini adalah untuk menangani masalah/kekangan seperti ; aku tak ada masa, aku tak pandai cakap, aku malu, aku sengkek, aku tak pandai, aku takut, dan bermacam-macam lagi alasan yang kita berikan. Jika anda mempunyai semua diatas, tetapi andainya didalam hati mempunyai keinginan untuk merubah kehidupan anda, Projek MEB adalah sepatutnya menjadi pilihan anda.
Tidak kira apa status kewangan anda, status pengajian anda mahupun status kehidupan anda, Projek MEB mempunyai cara untuk mengatasinya, KECUALI jika anda sendiri tidak mahu mengubah hidup anda sendiri. Itu kami tidak boleh membantu.
Dengan Projek MEB, segalanya menjadi mudah. Malahan terlalu mudah untuk dilaksanakan walaupun anda hanya dapat meluangkan masa selama 5 minit sahaja sehari untuk tujuan Projek MEB.  Asalkan anda MAHU. Itu sahaja yang kami dan anda perlukan.
Dan kadang-kadang kita perlu letakkan diri kita dalam keadaan TERPAKSA untuk berjaya. Keluar dari kepompong 'keselesaan' yang membelenggu diri kita. Kita rasa diri kita 'selesa' tapi hujung bulan duit poket kering, belanja dapur kena catu sebab nak tunggu sampai gaji. Tangguh dulu bayar kereta, walaupun dah masuk 2 bulan tak bayar. Bil letrik sampai dapat surat kuning, pun buat pejam mata. Bank dah call sebab kredit card tak bayar, walaupun hanya 5% minimum bayaran. Kita semua tak suka akan hal-hal sebegini, namun atas kekangan kewangan, kita 'rela'kan sahaja. Tunggu bonus la baru settlekan semua tu. Banyak betul duit bonus kita, semuanya nak settle bila duit bonus masuk. Inilah yang dinamakan "selesa tapi tak selamat".
Mungkin keselesaan anda ialah anda ada masa diwaktu malam untuk berehat, atau bersukan diwaktu petang, atau boleh balik kampung setiap minggu, menonton wayang setiap minggu atau ada masa bermain dengan anak-anak. Tetapi dalam Projek MEB anda tidak perlu mengorbankan semua itu. Anda masih boleh melakukan segalanya dan teruskan kehidupan anda seharian seperti biasa. Tak pelu meeting setiap minggu di HQ, atau buat demo party, atau pergi jumpa member nak sponsor atau kena usung barang ke hulu hilir nak jual, ataupun segalanya yang terlintas difikiran anda. Kerana Projek MEB adalah satu-satunya projek yang seumpamanya di Malaysia dan mahu pun di dunia.


Renung-renungkan dan selamat membuat keputusan.....
Jumpa lagi dalam siri pengenalan yang seterusnya.
Wassalam.
MEB103975

Monday, December 13, 2010

Promosi Terbaru MEB - Kereta Proton/Perodua DP RM2950, Ansuran Bulanan RM 0

Salam semua,


Dapatkan promosi terbaru dari pihak MEB/ADNTC.

Kesukaran disebabkan anda hanya memiliki sebuah kereta sahaja dan risaukan tentang ansuran bulanan sekiranya anda mahu memiliki sebuah kereta nasional yang baru?

Kini kami sudah ada caranya bagaimana untuk menghilangkan kerisauan anda dan juga membantu anda untuk mendapatkan sebuah lagi kereta tambahan untuk keluarga, ataupun kereta pertama milik anda sendiri.

Miliki Kereta Proton/Perodua anda dengan Downpayment / bayaran muka hanya RM2950 dan ansuran bulanan RM 0. Untuk semua model. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Tak rugi kalau sekadar nak dapatkan maklumat sahaja pun. Promosi dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada. Dapatkan maklumat segera.

Wassalam.

Mengapa kita perlu berniaga

Salam,


1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.
Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah atau ketua di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah pemimpin kepada perusahaannya.


2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan.Nyatalah bahawa sumber rezeki itu lebih banyak apabila anda berniaga.


3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
Anda tentukan perjalanan hidup anda sendiri, bukannya setiap hari mendengar leteran dan marahan majikan yang lama kelamaan akan menyebabkan hati kita 'mati', seumpama zombie. Ye lah, maksud zombie disini ialah walaupun sebanyak mana kita tak suka pada kerja kita mahupun majikan kita, atau sebanyak mana luahan negatif yang kita keluarkan terhadap kerjaya ataupun persekitaran kerja kita, namun kita akan masih sanggup bersesak-sesak dalam traffic jem untuk ke tempat kerja.


4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.
Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Ada yang kekadang tak sempat mendatangi urusan penting atas sebab urusan kerja. Contohnay kenduri kendara untuk merpatkan ukhwah, ataupun tak sempat mengatur susun keluarga; mengajar anak mengaji, atau bawa bersiar-siar di taman, atau bercuti. nak buat macamana, lepas maghrib baru sampai rumah sebab kena traffic jem!!


5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.
Ini 100% pilihan anda namun perlu ada disiplin untuk mengawalnya. Kalau dah terbiasa 'terperangkap' ditempat kerja 8-10 jam sehari, kebebasan masa sekali-sekala tu memang amat indah sekali. bayangkan 'keindahan' itu milik anda selamanya.


6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.
Anda yang tentukan pendapatan anda dan juga impian anda. Dan masalah ini yang selalu terjadi pada majikan. Ungkapan "aku buat lebih pun gaji sama je" adalah ungkapan yang bagaikan mimpi ngeri kepada majikan. namun ia memberikan impact yang sama negatifnya pada diri sendiri jikalau tiada tindakan yang diambil, sekadar meluahkan aura negatif sahaja. Lama-lama badan kita sendiri menjadi negatif melalui percakapan dan perbuatan kita.
 
7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.
Semakin anda fokus, semakin 'lebat' pulangannya. Usaha dengan tekun, dan intiqamah. Serahkan segalanya kepada yang maha berkuasa. InsyaAllah, rezeki itu akan menjadi milik anda. Usaha yang dilakukan 'ala kadar' sahaja akan mendapat rezeki yang 'ala kadar' jugak. Itu kena ingat. Jangan nanti bila gagal, salahkan semua perkara disekeliling kita, itu tak betullah..ini tak betullah..tipu je semua tu. Ungkapan ni memang biasa dah kita dengar, namun jarang mereka-mereka ini melihat kedalam diri masing-masing....cukupkah usaha aku selama ini ?
8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.
Kalau nak kata minat, tak semua orang minat berniaga. Macam-macam alasan kita boleh dapat. Tapi kalau kata nak melancong, pakai kereta besar, rumah banglo, duit banyak....semua orang sememangnya minat. Dan tak pernah lagi rasanya dengar orang cakap ' aku tak suka melancong' atau 'aku tak nak duit banyak'.  Janakan minat anda itu dalam usaha yang anda lakukan. wujudkan perasaan suka itu dengan membayangkan imbuhan yang akan anda dapat.
9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.
Istilah makan gaji ni memang dah ternyata..memang cukup untuk 'makan' je. Nak buat benda lebihan, ada yang terpaksa 'ikat perut' sebab nak dapatkan sesuatu yang lain. Walaupun ada yang memang bergaji banyak, namun itu hanya dalam lingkungan 3%-4% dari keseluruhan komuniti. Ye lah kan..satu syarikat cuma ada satu pengurus dan ramai pekerja. Namun sebenarnya makan gaji ni adalah 'selesa tapi tak selamat'. Selesa sebab tak perlu risau, akhir bulan tentu ada gaji masuk punya. tapi tak selamat sebab ntah-ntah gaji tu masuk sekali dengan notis pemberhentian kerja !!!!!


10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.
Biasanya kalau nampak orang drive kereta yang hebat-hebat, ungkapan ini akan terkeluar..." besarnya kereta dia..buat bisnes apa agaknya...". Ataupun.." hebat betul rumah dia ni, mesti taukey besar ni..". Kadang-kadang kita sendiri yang mengungkapkannya tapi kita tak sedar sebab minda tak sedar kita tahu yang berniaga akan merubah kehidupan kita, namun minda sedar kiat yang selalu menguasai diri kita...dan kadang kala merugikan kita sendiri !!!



Walau apapun, hidup anda adalah pilihan anda. Namun hidup anak-anak anda adalah hak mereka sendiri. Kadang-kadang tu hak anak-anak kita tu tak mampu kita adakan, hanya sekadar yang mampu sahaja, atas alasan yang berbagai. Ada orang yang pernah katakan pada saya..."kita sekarang ni hidup atas rezeki anak-anak...rezeki kita dulu ayah kita dan gunakan untuk kita...". Dan saya fikir ada benarnya.......


Wassalam.
MEB103975

Sunday, December 12, 2010

Sesi Preview bersama Dr Haji Mohd Ridzwan

Untuk makluman, pengasas Projek MEB, Prof Dr Haji Mohd Ridzwan akan berada di HQ Wisma Zelan Cheras pada esok ( 14 Dec, 2010) pada jam 3.00 petang.


Anda dijemput untuk menghadiri sesi preview yang diadakan secara percuma untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan projek ini terus daripada pengasasnya.


Insyaallah jumpa anda disana.


MEB hanya satu didunia.


Wassalam.

Salam Pengenalan - PROJEK MEB

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah dan Salam 1 Malaysia.

Izinkan saya memperkenalkan apa sebenarnya Projek MEB dan apakah misi yang dibawa bersama dengan projek ini.

Pertama sekali, MEB bermaksud 'Model Ekonomi Baru" dan selaras dengan Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita, ADNTC selaku tenaga kerja kepada MEB Network telah merangka satu projek jangkamasa sederhana yang mendokong usaha kerajaan dalam 3 agenda yang utama :

1/ Persiapan Sebelum Persaraan
2/ Membasmi Kemiskinan Tegar
3/ Mengurangkan Kadar Pengangguran

Dengan berlandaskan 3 teras diatas, ADNTC, dengan disokong oleh konsultan-konsultan yang telah dilatih secara khusus, giat mempromosikan projek ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain daripada membantu individu yang berada dalam kemelut kewangan seperti banyak hutang, blacklist, bankrap, tiada kerja, tiada modal nak buat bisnes, golongan pesara kerajaan/swasta , agenda diatas boleh diperkembangkan lagi kepada lebih banyak aspek yang melibatkan komuniti setempat, seperti:
1/ mendapatkan dana bagi pembinaan/meluaskan masjid/surau
2/ mendapatkan dana bagi rumah anak-anak yatim/ibu tunggal
3/ membantu menyelamatkan syarikat yang dilanda kemelut kewangan
4/ mendapatkan dana tambahan bagi sekolah-sekolah pondok/persendirian

Kekuatan sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan kekuatan ekonominya, ini sesuatu yang kita tidak boleh nafikan. Walaupun ada yang mengatakan bahawa "wang bukanlah segala-galanya" tetapi hakikatnya segala-galanya kini memerlukan wang.

Ada yang 'melompat' baru-baru ini bila harga minyak dan gula naik lagi. dan ada juga yang hanya tenang sahaja. Dan kalaulah benar 'wang itu bukan segala-galanya', mengapa kita harus melatah? Sebabnya ialah ada golongan yang akan merasakan dirinya 'tertindas' dengan kenaikan ini.

Blog ini bukanlah bertujuan untuk bersetuju atau membantah dengan kenaikan tersebut, hanya sekadar memberi contoh akan keperluan wang kepada kita sekarang ini, lebih-lebih lagi kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Jadi, pengasas kepada projek ini, Prof Dr Haji Mohd Ridzwan Ahmad, dengan disokong oleh barisan konsultan yang telah dilatih olehnya secara peribadi, telah merangka Projek MEB yang telah mengambil masa selama 7 tahun penyelidikan dan juga kos yang agak tinggi, dan buat masa ini sedang melalui proses promosi secara besar-besaran di seluruh Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai projek ini, dengan imbuhan yang agak lumayan setiap bulan disepanjang projek ini berlangsung. Dan sebagai satu 'projek', ianya tidak lari daripada pengeluaran modal, imbuhan yang diperolehi dan juga tugasan yang perlu dilakukan.

Namun percayalah, modal yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan keupayaan kewangan anda, dan anda bebas memilih berapakah jumlah modal yang anda mahu keluarkan bagi menyertai projek ini. Imbuhan pula adalah diluar jangkaan anda, dengan jaminan kejayaan 100% sekiranya anda mampu melakukan satu tugasan mudah yang dijamin tidak akan mengganggu urusan anda seharian langsung. Malah tugasan itu mampu anda lakukan dalam masa 5 minit sahaja.

Jangan risau atau membuat keputusan yang Projek MEB ini adalah salah satu daripada MLM atau skim pelaburan atau koperasi ataupun syarikat kewangan berlesen yang memberikan pinjaman yang ada dinegara kita kerana ingin saya tekankan disini bahawa Projek MEB ini adalah satu-satunya projek seumpamanya di Malaysia dan di Dunia. Bermakna anda tidak pernah lagi mendengar mengenai Projek MEB ini selain daripada konsultan-konsultan ADNTC sendiri.

Penerangan secara terperinci berkenaan Projek MEB akan diberikan oleh konsultan-konsultan MEB di seluruh Malaysia dan ianya percuma sahaja. Tidak kira dimana lokasi anda sekarang, hanya 1 jam dari masa anda diperlukan bagi pihak konsultan menerangkan berkenaan projek dan juga imbuhan-imbuhan daripadanya.

Akhir kata, 'izin'kan diri anda untuk mendengar dan menilai sendiri Projek MEB ini. Dan tiada paksaan untuk menyertai projek ini selepas mendengar sesi penerangan kami. Anda sahaja yang boleh menentukan hala tuju hidup dan juga keadaan kewangan anda. Kami hanya membantu memberikan cara alternatifnya sahaja.

Pejabat kami dibuka 7 hari seminggu dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam. Dan kami juga mempunya deretan konsultan yang bersedia menemui anda di lokasi seluruh Malaysia.

Wassalam.

Thursday, December 9, 2010

Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan Oleh NIZAM YATIM


KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.