Monday, December 13, 2010

Mengapa kita perlu berniaga

Salam,


1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.
Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah atau ketua di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah pemimpin kepada perusahaannya.


2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan.Nyatalah bahawa sumber rezeki itu lebih banyak apabila anda berniaga.


3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
Anda tentukan perjalanan hidup anda sendiri, bukannya setiap hari mendengar leteran dan marahan majikan yang lama kelamaan akan menyebabkan hati kita 'mati', seumpama zombie. Ye lah, maksud zombie disini ialah walaupun sebanyak mana kita tak suka pada kerja kita mahupun majikan kita, atau sebanyak mana luahan negatif yang kita keluarkan terhadap kerjaya ataupun persekitaran kerja kita, namun kita akan masih sanggup bersesak-sesak dalam traffic jem untuk ke tempat kerja.


4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.
Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Ada yang kekadang tak sempat mendatangi urusan penting atas sebab urusan kerja. Contohnay kenduri kendara untuk merpatkan ukhwah, ataupun tak sempat mengatur susun keluarga; mengajar anak mengaji, atau bawa bersiar-siar di taman, atau bercuti. nak buat macamana, lepas maghrib baru sampai rumah sebab kena traffic jem!!


5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.
Ini 100% pilihan anda namun perlu ada disiplin untuk mengawalnya. Kalau dah terbiasa 'terperangkap' ditempat kerja 8-10 jam sehari, kebebasan masa sekali-sekala tu memang amat indah sekali. bayangkan 'keindahan' itu milik anda selamanya.


6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.
Anda yang tentukan pendapatan anda dan juga impian anda. Dan masalah ini yang selalu terjadi pada majikan. Ungkapan "aku buat lebih pun gaji sama je" adalah ungkapan yang bagaikan mimpi ngeri kepada majikan. namun ia memberikan impact yang sama negatifnya pada diri sendiri jikalau tiada tindakan yang diambil, sekadar meluahkan aura negatif sahaja. Lama-lama badan kita sendiri menjadi negatif melalui percakapan dan perbuatan kita.
 
7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.
Semakin anda fokus, semakin 'lebat' pulangannya. Usaha dengan tekun, dan intiqamah. Serahkan segalanya kepada yang maha berkuasa. InsyaAllah, rezeki itu akan menjadi milik anda. Usaha yang dilakukan 'ala kadar' sahaja akan mendapat rezeki yang 'ala kadar' jugak. Itu kena ingat. Jangan nanti bila gagal, salahkan semua perkara disekeliling kita, itu tak betullah..ini tak betullah..tipu je semua tu. Ungkapan ni memang biasa dah kita dengar, namun jarang mereka-mereka ini melihat kedalam diri masing-masing....cukupkah usaha aku selama ini ?
8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.
Kalau nak kata minat, tak semua orang minat berniaga. Macam-macam alasan kita boleh dapat. Tapi kalau kata nak melancong, pakai kereta besar, rumah banglo, duit banyak....semua orang sememangnya minat. Dan tak pernah lagi rasanya dengar orang cakap ' aku tak suka melancong' atau 'aku tak nak duit banyak'.  Janakan minat anda itu dalam usaha yang anda lakukan. wujudkan perasaan suka itu dengan membayangkan imbuhan yang akan anda dapat.
9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.
Istilah makan gaji ni memang dah ternyata..memang cukup untuk 'makan' je. Nak buat benda lebihan, ada yang terpaksa 'ikat perut' sebab nak dapatkan sesuatu yang lain. Walaupun ada yang memang bergaji banyak, namun itu hanya dalam lingkungan 3%-4% dari keseluruhan komuniti. Ye lah kan..satu syarikat cuma ada satu pengurus dan ramai pekerja. Namun sebenarnya makan gaji ni adalah 'selesa tapi tak selamat'. Selesa sebab tak perlu risau, akhir bulan tentu ada gaji masuk punya. tapi tak selamat sebab ntah-ntah gaji tu masuk sekali dengan notis pemberhentian kerja !!!!!


10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.
Biasanya kalau nampak orang drive kereta yang hebat-hebat, ungkapan ini akan terkeluar..." besarnya kereta dia..buat bisnes apa agaknya...". Ataupun.." hebat betul rumah dia ni, mesti taukey besar ni..". Kadang-kadang kita sendiri yang mengungkapkannya tapi kita tak sedar sebab minda tak sedar kita tahu yang berniaga akan merubah kehidupan kita, namun minda sedar kiat yang selalu menguasai diri kita...dan kadang kala merugikan kita sendiri !!!



Walau apapun, hidup anda adalah pilihan anda. Namun hidup anak-anak anda adalah hak mereka sendiri. Kadang-kadang tu hak anak-anak kita tu tak mampu kita adakan, hanya sekadar yang mampu sahaja, atas alasan yang berbagai. Ada orang yang pernah katakan pada saya..."kita sekarang ni hidup atas rezeki anak-anak...rezeki kita dulu ayah kita dan gunakan untuk kita...". Dan saya fikir ada benarnya.......


Wassalam.
MEB103975

No comments:

Post a Comment