Sunday, December 12, 2010

Salam Pengenalan - PROJEK MEB

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah dan Salam 1 Malaysia.

Izinkan saya memperkenalkan apa sebenarnya Projek MEB dan apakah misi yang dibawa bersama dengan projek ini.

Pertama sekali, MEB bermaksud 'Model Ekonomi Baru" dan selaras dengan Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita, ADNTC selaku tenaga kerja kepada MEB Network telah merangka satu projek jangkamasa sederhana yang mendokong usaha kerajaan dalam 3 agenda yang utama :

1/ Persiapan Sebelum Persaraan
2/ Membasmi Kemiskinan Tegar
3/ Mengurangkan Kadar Pengangguran

Dengan berlandaskan 3 teras diatas, ADNTC, dengan disokong oleh konsultan-konsultan yang telah dilatih secara khusus, giat mempromosikan projek ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain daripada membantu individu yang berada dalam kemelut kewangan seperti banyak hutang, blacklist, bankrap, tiada kerja, tiada modal nak buat bisnes, golongan pesara kerajaan/swasta , agenda diatas boleh diperkembangkan lagi kepada lebih banyak aspek yang melibatkan komuniti setempat, seperti:
1/ mendapatkan dana bagi pembinaan/meluaskan masjid/surau
2/ mendapatkan dana bagi rumah anak-anak yatim/ibu tunggal
3/ membantu menyelamatkan syarikat yang dilanda kemelut kewangan
4/ mendapatkan dana tambahan bagi sekolah-sekolah pondok/persendirian

Kekuatan sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan kekuatan ekonominya, ini sesuatu yang kita tidak boleh nafikan. Walaupun ada yang mengatakan bahawa "wang bukanlah segala-galanya" tetapi hakikatnya segala-galanya kini memerlukan wang.

Ada yang 'melompat' baru-baru ini bila harga minyak dan gula naik lagi. dan ada juga yang hanya tenang sahaja. Dan kalaulah benar 'wang itu bukan segala-galanya', mengapa kita harus melatah? Sebabnya ialah ada golongan yang akan merasakan dirinya 'tertindas' dengan kenaikan ini.

Blog ini bukanlah bertujuan untuk bersetuju atau membantah dengan kenaikan tersebut, hanya sekadar memberi contoh akan keperluan wang kepada kita sekarang ini, lebih-lebih lagi kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Jadi, pengasas kepada projek ini, Prof Dr Haji Mohd Ridzwan Ahmad, dengan disokong oleh barisan konsultan yang telah dilatih olehnya secara peribadi, telah merangka Projek MEB yang telah mengambil masa selama 7 tahun penyelidikan dan juga kos yang agak tinggi, dan buat masa ini sedang melalui proses promosi secara besar-besaran di seluruh Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai projek ini, dengan imbuhan yang agak lumayan setiap bulan disepanjang projek ini berlangsung. Dan sebagai satu 'projek', ianya tidak lari daripada pengeluaran modal, imbuhan yang diperolehi dan juga tugasan yang perlu dilakukan.

Namun percayalah, modal yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan keupayaan kewangan anda, dan anda bebas memilih berapakah jumlah modal yang anda mahu keluarkan bagi menyertai projek ini. Imbuhan pula adalah diluar jangkaan anda, dengan jaminan kejayaan 100% sekiranya anda mampu melakukan satu tugasan mudah yang dijamin tidak akan mengganggu urusan anda seharian langsung. Malah tugasan itu mampu anda lakukan dalam masa 5 minit sahaja.

Jangan risau atau membuat keputusan yang Projek MEB ini adalah salah satu daripada MLM atau skim pelaburan atau koperasi ataupun syarikat kewangan berlesen yang memberikan pinjaman yang ada dinegara kita kerana ingin saya tekankan disini bahawa Projek MEB ini adalah satu-satunya projek seumpamanya di Malaysia dan di Dunia. Bermakna anda tidak pernah lagi mendengar mengenai Projek MEB ini selain daripada konsultan-konsultan ADNTC sendiri.

Penerangan secara terperinci berkenaan Projek MEB akan diberikan oleh konsultan-konsultan MEB di seluruh Malaysia dan ianya percuma sahaja. Tidak kira dimana lokasi anda sekarang, hanya 1 jam dari masa anda diperlukan bagi pihak konsultan menerangkan berkenaan projek dan juga imbuhan-imbuhan daripadanya.

Akhir kata, 'izin'kan diri anda untuk mendengar dan menilai sendiri Projek MEB ini. Dan tiada paksaan untuk menyertai projek ini selepas mendengar sesi penerangan kami. Anda sahaja yang boleh menentukan hala tuju hidup dan juga keadaan kewangan anda. Kami hanya membantu memberikan cara alternatifnya sahaja.

Pejabat kami dibuka 7 hari seminggu dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam. Dan kami juga mempunya deretan konsultan yang bersedia menemui anda di lokasi seluruh Malaysia.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment